Alor Setar & Pengurusan Pengangkutan Alor Setar

Perhubungan Jalan Luar

Lingkaran Lebuhraya di Malaysia
  • Lebuhraya
    • Lebuhraya Utara Selatan
  • Terminal Bas
    • Terminal Bersepadu AS Sentral
  • Stesen Kereta Api
    • Stesen Kereta Api Alor Setar
    • Stesen Kereta Api Anak Bukit
  • Lapangan Terbang
    • Lapangan Terbang Antarabangsa Alor Setar ( Alor Setar International Airport - ASIA )
  • Terminal Feri
    • Terminal Feri Kuala Kedah

Lebuh Raya Utama

Sistem lebuhraya yang sistematik adalah satu anugerah kepada orang awam khususnya pengguna lebuhraya yang mahukan perjalanan ke destinasi pilihan dengan selesa.

  • Lebuhraya Utara Selatan (menghubungkan Alor Setar dengan Thailand di utara dan bandar-bandar di Pantai Barat di Semenanjung Malaysia, mempunyai tiga susur keluar iaitu Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan dan Kepala Batas)
  • Lebuhraya Sultan Abdul Halim (menghubungkan Bandar Alor Setar dengan Bandar Sungai Petani dan Bandar Butterworth)
  • Lebuhraya Sultanah Bahiyah (menghubungkan susur keluar tol utara sehingga ke susur keluar tol selatan)
  • Lebuhraya Darulaman (menghubungkan utara bandar di lapangan terbang sehingga ke pusat bandar).
  • Jalanraya Alor Setar - Pokok Sena - Kuala Nerang (menghubungkan pusat bandar dengan Bandar Pokok Sena sehingga ke Bandar Kuala Nerang
  • Jalanraya Alor Setar - Kangar (menghubungkan pusat bandar sehingga ke Bandar Kangar)
  • Jalanraya Alor Setar - Yan (menghubungkan barat bandar sehingga ke Daerah Yan).

Terminal Bas Shahab Perdana

Alor Setar mempunyai hab pengangkutan awam bas dan teksi yang agak selesa, iaitu di Lebuhraya Sultanah Sambungan (sebelum ini dikenali sabagai Jalan Sultanah selepas ditukar daripada Jalan Day). Shahab Perdana mempunyai dua terminal bas bagi perjalanan dalam bandar dan antarabandar. Terdapat juga perjalanan harian pergi balik ke Pulau Pinang untuk kemudahan orang yang bekerja.

Stesen Kereta Api Tanah Melayu

Stesen Kereta Api Alor Setar

Keretapi Berkembar Eletrik (Ipoh - Padang Besar) telah siap dalam pembinaan di bandaraya Alor Setar. Kini, perkhidmatan kereta api elektrik ini sedia digunakan dengan mempunyai dua buah stesen hentian iaitu di Jalan Stesen dan di Anak Bukit. Landasan berkapasiti dua landasan ini menghubungkan utara semenanjung di Padang Besar sehingga ke Kuala Lumpur seterusnya ke Johor Bahru. Terdapat dua hentian di Alor Setar iaitu

  • Stesen Kereta Api Anak Bukit
  • Stesen Kereta Api Alor Setar

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

Alor Setar mempunyai lapangan terbang yang baru untuk menggantikan lapangan terbang yang lama. Lapangan tersebut mempunyai nama yang sama, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Ia terletak di Lebuhraya Darul Aman (dulu Jalan Anak Bukit),Kepala Batas, Alor Setar, 8 km dari bandaraya. Pada masa ini, hanya Penerbangan Malaysia, AirAsia dan Firefly, masing-masing, menyediakan perkhidmatan pergi-balik dari Kuala Lumpur. Dahulu, lapangan terbang ini juga merupakan terminal bagi Ked-Air, sebuah rangkaian penerbangan Kedah-Kuala Lumpur, tetapi sudah memberhentikan operasinya pada 2006.

Terminal Feri Kuala Kedah

Alor Setar juga mempunyai perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi untuk pergi dan balik. Harga tiket semasa tahun 2012 ialah RM23 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak atau pelajar sekolah. Jarak terminal feri dengan pusat bandar lebih kurang 12km sahaja.

Jalan Raya Alternatif

Alor Setar mempunyai rangkaian jalan raya dan persiaran yang agak luas dan selesa.

  • Persiaran Sultan Abdul Hamid
  • Persiaran Bandar Baru Mergong
  • Persiaran Bandar Stargate
  • Jalan Kuala Kedah
  • Jalan Suka Menanti
  • Jalan Tun Razak
  • Jalan Alor Mengkudu
  • Jalan Teluk Wanjah
  • Jalan Tambang Badak
  • Jalan Tanjung Bendahara
  • Jalan Sultan Badlishah
  • Jalan Jelai Alor Tajar
  • Jalan Titi Haji Idris
  • Jalan Datuk Kumbar
  • Jalan Hutan Kampong
  • Jalan Kuala Kangkong
  • Jalan Tok Keling
  • Jalan Stadium
  • Jalan Sultanah
  • Jalan Langgar
  • Jalan Putra
  • Jalan Gangsa
  • Jalan Istana Kuning
  • Jalan Sultan Muhammad Jiwa
  • Jalan Seberang Perak
  • Jalan Putih (Jalan Utama Taman Rakyat)
  • Jalan Kilang Tebu (Jalan Ismail Hashim)
  • Jalan Utama Kilang Tebu

Kesesakan Lalu Lintas

Pertambahan penduduk di Alor Setar telah menyebabkan kesesakan lalu lintas beberapa jalan di Alor Setar pada waktu puncak:

  • Jalan Langgar
  • Jalan Lencongan Barat
  • Jalan Alor Mengkudu
  • Lebuhraya Sultanah Bahiyah
  • Jalan Kuala Kedah
  • Lebuhraya Sultan Abdul Halim
  • Lebuhraya Darulaman
  • Jalan Alor Setar - Kangar (Kawasan Kuala Sungai)

Menurut Rancangan Malaysia Kesembilan, menjelang tahun 2010, Bandar Muadzam Shah Alor Setar akan menjadi Pusat Pentadbiran baru selepas bandaraya Alor Setar. Kini, Bandar Muadzam Shah Alor Setar akan melalui pembangunan infrastruktur utama. Ini termasuk balai polis baru Anak Bukit, Jabatan Pendaftaran Negara baru negeri Kedah dan juga bangunan baru kerajaan negeri. Stesen keretapi (Stesen Keretapi Antarabangsa Anak Bukit) juga akan dibina di sini apabila projek kereta api elektrik berkembar selesai disiapkan.

Rujukan

WikiPedia: Alor Setar http://web10.bernama.com/maritime/news.php?id=1557... http://www.gdparchitects.com/projects/current/aman... http://www.investasiapacific.com/Awards.htm http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://population.wn.com/country/Malaysia/Kedah/Al... http://www.belleview.com.my/node/124 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt=... http://portal.kedah.gov.my/index.php?option=com_co...